Breaking News
Loading...

11 Point Isi Seminar Antarbangsa Gerakan Syiah & Pengaruhnya Terhadap Dunia Islam
11 Point Isi Seminar Antarbangsa Gerkan Syiah & Pengaruhnya Terhadap Dunia Islam
Syiahindonesia.com - Segala puji kepada Allah yang Maha Berkuasa, Selawat Allah dan Salam-Nya ke atas Rasulullah, keluarganya, para sahabatnya dan orang yang mengikut jejak langkah mereka dengan ihsan.
Seminar Antarabangsa Gerakan Syiah dan Kesannya Terhadap Dunia Islam (SGS16) yang telah berlangsung pada 21 April 2016 bersamaan 14 Rejab 1937H di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, telah membuat resolusi seperti berikut:

1. SGS16 menegaskan sokongan terhadap fatwa-fatwa berkaitan Syiah yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama di Malaysia seperti Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa negeri-negeri, bahawa ajaran Syiah adalah sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.

2. Bahaya Syiah bukan semata-mata mengancam akidah umat Islam, bahkan membawa ancaman keselamatan kepada negara umat islam yang berpegang kepada akidah Ahlus-Sunnah wal-Jamaah, seperti yang sedang berlaku di beberapa buah negara umat Islam mutakhir ini.

3. Pendedahan mengenai kesesatan dan bahaya Syiah perlu diperhebatkan melalui pelbagai medium pendidikan seperti sekolah, institusi pendidikan tinggi, khutbah jumaat, diskusi ilmiah, kuliah-kuliah di masjid dan sebagainya.

4. Pendedahan tentang bahaya dan kesesatan Syiah juga perlu diperluaskan melalui pelbagai media, seperti radio, televisyen, internet, media-media sosial, karya-karya seni dan sastera seperti novel, kartun, drama dan sebagainya.

5. Pendedahan tentang penyelewengan dan bahaya ajaran Syiah perlu diserapkan ke dalam kurikulum dan kokurikulum yang dipelajari di setiap peringkat institusi pendidikan negara.

6. Pemantapan akidah Ahlus-Sunnah adalah salah satu cara yang paling utama untuk menghadapi serangan dan perkembangan Syiah di dunia Islam terutamanya dalam kalangan masyarakat awam.

7. Undang-undang di setiap negara umat Islam perlu diperkukuhkan dengan menambah peruntukan khusus untuk menjaga kesucian akidah umat. Contohnya peruntukan berkaitan dengan kesesatan Syiah dan sekatan ke atas penyebarannya

8. Usaha untuk mendekatkan (taqrib) di antara ajaran Islam seperti yang difahami oleh Ahlus-Sunah wal-Jamaah dan ajaran Syiah adalah suatu usaha yang terbukti sia-sia dan tidak mungkin berlaku kerana perbezaan kedua-dua aliran ini adalah di peringkat usul dan pokok akidah serta perbezaan di dalam sumber rujukan utama. Bahkan taqrib Sunni-Syiah ini didapati telah menjadi alat dan peluang kepada Syiah untuk melancarkan dakyah mereka kepada pengikut Sunni.

9. Usaha untuk mendepani gerakan dan penyebaran ajaran Syiah adalah tanggungjawab umat dan perlu dilakukan bersama secara bersepadu dan tersusun melalui kerjasama pihak berkuasa, pembuat dasar, badan-badan bukan kerajaan, institusi pendidikan, pakar-pakar, serta segenap lapisan masyarakat.

10. Sebuah badan yang berperanan sebagai sekretariat penyelerasan bagi semua pihak-pihak yang mendepani ancaman Syiah di peringkat nasional, regional dan antarabangsa, perlu ditubuhkan.

11. Sebuah pusat sumber dan kajian tentang Syiah yang mengkaji dan menjawab syubhah-syubhah dan keraguan yang dimainkan oleh Syiah juga perlu diwujudkan. (nisyi/syiahindonesia.com)

************************
Ayo Gabung dengan Syiahindonesia.com Sekarang Juga!

Artikel Syiah Lainnya

0 komentar: