Breaking News
Loading...

Taubat Seorang Syiah Yang Berfikir


Syiahiindonesia.com -
Seorang bekas penganut Syiah hadir ke pejabat kami setelah membuat temujanji. Beliau ingin mengetahui bagaimana untuk belajar akidah Islam serta berhadapan dengan masyarakat terutamanya ahli keluarga. Saudara Ahmad Iqram yang mengendalikan perbincangan ini manakala saya hanya bertindak sebagai pemerhati kebanyakan masa.

Saudara 'AS' dilahirkan dalam keluarga Syiah Ismailiah. Namun sejak kecil beliau mempunyai pelbagai kemusykilan mengapa beliau berbeza dengan majoriti rakannya. Beliau tertanya mengapa pergi sembah kubur sedangkan kita boleh berdoa terus kepada Allah SWT? 

Mengapa terlalu mengagungkan setiap perkataan Mullah sedangkan Rasulullah SAW itu lebih mulia? Jikalau Abu Bakar, Umar & Uthman kafir dan begitu jahat, kenapa di zaman Nabi SAW, Baginda boleh berperang dengan orang musyrik dan menewaskan mereka, kenapa Nabi SAW tidak buang sahaja mereka malahan Nabi SAW melantik Abu Bakar r.a sebagai imam ketika Baginda sakit?

Maka beliau merasa ada sesuatu yang tidak kena dan mula mencari. Menurutnya, beliau telah menghantar mesej kepada beberapa asatizah tetapi mesej tidak dibalas. Berjumpa dengan asatizah tetapi hanya menjawab Syiah tak betul tanpa memberitahu kenapa Syiah tak betul. Bila ditanya lanjut, mereka pula kata dia tak faham. Kerana tak fahamlah dia tanya dan kalau ustaz tak jelaskan macam mana dia nak faham, ujarnya.

Pernah diajak oleh sahabatnya untuk ke majlis selawat di Stadium Melawati tetapi apabila majlis bermula, beliau tidak boleh terima langsung kerana itulah apa yang beliau lakukan semasa dalam Syiah. Menurut 'AS' beliau tidak mahu keluar dari Syiah dan masuk ke dalam fahaman Syiah yang bertopengkan Ahlus sunnah. Saya terkejut beliau berkata demikian dan saya minta beliau huraikan kenapa beliau berkata demikian.

Katanya, apa yang mereka lakukan sebagai Syiah ada dalam majlis selawat dan qasidah. Menanggalkan serban dan melambai-lambai serta bertawassul di kuburan adalah benda yang dia biasa buat sebagai Syiah. Dia tak boleh terima kerana jikalau boleh berdoa terus kepada Allah, kenapa nak ke kubur? Nampak pula seperti orang yang pergi jirat Cina minta nombor.

Suatu hari, beliau ternampak buku bertajuk "Fitnah Terhadap Sahabat Rasulullah SAW" karangan DrMAZA. Kemudian beliau menonton ceramahnya di YouTube dan kemudian menonton ceramah Dr Rozaimi. Baginya, ceramah mereka lebih boleh diterima akal sebab ianya logik dan ada bukti. 

Kini beliau mahu belajar Islam. Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Beliau mahu belajar sejarah Islam. Beliau juga mahu berdakwah nanti. Beliau terdetik untuk menghubungi kami setelah membaca perkongsian kami tentang dialog bersama Belum Muslim dan kisah penghijrahan mereka ke Islam. Beliau merasakan beliau kini adalah seperti muallaf yang baru mula belajar tentang Islam.

Sahabat semua, doakan agar saudara "AS" diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan masyarakat terutamanya ahli keluarganya serta kekuatan untul istiqomah mendalami ilmu Islam. Kami di MRM bersetuju untuk mengajar beliau secara peribadi kerana tidak mahu mendedahkan identiti lagi. Beliau sempat solat Asar bersama kami dan memberikan sedikit motivasi kepada kakitangan serta sukarelawan MRM.

*Gambar dan post ini telah mendapat kebenaran dari saudara "AS" untuk dikongsikan agar menjadi inspirasi untuk kita semua.

Artikel ini diambil dari postingan Fanpage Firdaus Wong Wai Hung yang dipublish pada 20 Desember 2016. Link: Facebook.com



************************
Ayo Gabung dengan Syiahindonesia.com Sekarang Juga!

Artikel Syiah Lainnya

0 komentar: