Breaking News
Loading...

Syiahindonesia.com - Yahudi: Mereka telah menyelewengkan kitab “العهد العتيق” iaitu kitab suci orang Yahudi. Kitab ini mengandungi tiga puluh sembilan sifr. Lima yang pertama mereka nisbahkan kepada kepada Nabi Musa a.s dan mereka menganggapnya ditulis oleh Nabi Musa sendiri. Kalangan Yahudi mendakwa sifr al-‘Ahdul’atiq yang lain ditulis oleh nabi-nabi Bani Israil yang datang selepas nabi Musa.

Bukti berlaku tahrif kitab Taurat: Sabit dalam al-Quran bahawa Allah telah mengurniakan Taurat kepada Musa dan orang Yahudi sendiri telah mencatitnya namun mereka jugalah yang bertanggungjawab merubahnya. Allah berfirman:

فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ لَعَنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ وَنَسُوا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوا بِهِ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَى خَائِنَةٍ مِنْهُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاصْفَحْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya: “Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.”

Jelas melalui ayat ini bahawa Taurat yang sebenar telah hilang keasliannya, antaranya dengan sebab perbuatan khianat mereka dan dengan sebab mereka lupa sebahagiannya. Timbul kemusykilan, siapa yang menulis kembali Taurat selepas ianya ditahrif? Mengikut kenyataan ulamak yang mengkaji hal ini, yang menulis Taurat selepas ditahrifkan ialah ‘Azral Warraq iaitu selepas Nebukadnazzar raja Babylon menyerang Ursyulim dan meruntuhkan tempat ibadat dan membunuh sebilangan besar orang Yahudi. Ibnu Hazam menyebutkan bahawa ‘Azral Warraq adalah yang bertanggungjawab mengimlakkan (berdasarkan ingatannya) Taurat kepada orang Yahudi lalu mereka menulisnya dan ini berlaku selepas tujuh puluh tahun robohnya Baitul Maqdis.[33] Imam Abu al-Ma’aali al-Juwaini menyebutkan imla’ ‘Azral Warraq ke atas Taurat berlaku 545 tahun sebelum kebangkitan Nabi ‘Isa. [34]

Syi’ah: Mereka meyakini Quran telah diselewengkan dan dipinda, telah ditambah dan dikurangkan ayat-ayatnya. Jumlah yang dikurangkan itu melebihi dua kali ganda dari jumlah Quran yang dimiliki oleh umat Islam sekarang. Mereka juga berkeyakinan pihak yang bertanggungjawab melakukan jenayah ini adalah para sahabat Nabi s.a.w. terutamanya tiga khalifah pertama umat Islam iaitu Abu Bakar As-Siddiq, ‘Umar Al-faaruq dan ‘Uthman Zunnurain r.a.hum

Syi’ah mendakwa ayat-ayat yang dibuang adalah yang berkaitan dengan dua topik besar iaitu;

a. Kelebihan ahlulbait khususnya ‘Ali bin Abi Talib dan juga nas tentang imamah ‘Ali dalam Quran.

b. Kejelikan golongan Muhajirin dan Ansar yang mana mereka dianggap munafiq oleh puak Syi’ah dan masuknya mereka dalam Islam hanya untuk menipu.

Majoriti ulamak Syi’ah di kurun pertama hingga akhir kurun ketiga belas menganut aqidah tahrif al-Quran kecuali empat orang sahaja yang menolak akidah tahrif (Ijma’ ulamak Syi’ah berlaku pada kurun pertama hingga kurun ketiga tentang tahrif al-Quran). Namun, mengikut kajian para ulamak Islam terhadap hasil tulisan keempat-empat ulamak syiah ini yang kononnya menolak tahrif, sebenarnya mereka menerima akidah tahrif dan penolakkan itu hanya secara bertaqiyyah. Empat tokoh Syiah yang dimaksudkan ialah Ibnu Babuwaih al-Qummi yang digelarkan Assoduq (w 481 H), al-Murtadha (w 436 H), Abu Ja’far Attabarsi murid al-Murtadha (w 460 H) dan Abu ‘Ali Attabarsi (w 548 H).

Bukti mereka berkeyakinan berlaku tahrif: Assoduq meyebutkan dalam kitabnya من لا يحضره الفقيه sebagai berdalil akan keharusan mut’ah, katanya: Rasulullah telah menghalalkan mut’ah dan Baginda tidak mengharamkannya sampai wafatnya dan Ibnu ‘Abbas telah membaca ayat [35],:

فما استمتع به منهن إلى أجل مسمى فآتوهن أجورهن فريضة من الله

Ayat yang betul adalah:

فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآَتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُمْ بِهِ مِنْ بَعْدِ الْفَرِيضَةِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Attusi telah meriwayatkan beberapa riwayat yang menunjukkan berlaku tahrif Quran. Antaranya: Beliau telah meriwayatkan dari Muhammad bin Ibrahim katanya: Saya telah mendengar Ja’far bin Muhammad a.s. membaca ayat ;

إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آَدَمَ وَنُوحًا وَآَلَ إِبْرَاهِيمَ وَآَلَ عِمْرَانَ وآل محمد عَلَى الْعَالَمِينَ

Kata Muhammad: Beginilah ayat ini diturunkan. [36]

Ayat yang betul adalah:

إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آَدَمَ وَنُوحًا وَآَلَ إِبْرَاهِيمَ وَآَلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ (آل عمران:33)

Attabarsi membaca ayat: غير الضالين عمر بن الخطاب . Beliau telah meriwayatkan bacaan ini dari Ali a.s. [37]

Tokoh-tokoh Syi’ah yang memperakui aqidah tahrif al-Quran (dari kurun pertama hingga akhir kurun ke tiga belas):

1. Sulaim bin Qais al-Hilali (Kitab Sulaim Bin Qais – w 90 H).

2. Assoffar (Basoir Addarajat – w 290 H).

3. ‘Ali bin Ibrahim al-Qummi (Tafsir al-Qummi – w 307).

4. Muhammad bin Ya’kub al-Kulaini (al-Kafi – w 328 H). Muhaddis agung Syi’ah, merupakan murid al-Qummi dan karyanya iaitu al-Kafi dianggap oleh puak Syi’ah setaraf kitab Sahih al-Bukhari.

5. Muhammad bin Mas’uud bin ‘Iyash yang terkenal dengan al-‘Iyashi (Tafsir al-‘Iyashi iaitu antara tafsir utama Syi’ah- w 340 H).

6. Al-Mufid (AwailulMaqalaat, beliau dianggap salah seorang pengasas Syi’ah – w 413 H).

7. Abu Mansur Ahmad bin Mansur Attabarsi (al-Ihtijaj – w 620 H).

8. Al-Faidh al-Kasyani merupakan ahli tafsir terkemuka Syiah (Tafsir Assofi – w 1091 H).

9. Muhammad Baqir al-Majlisi yang dikenali sebagai Syaikhul Islam (Biharu al-Anwar – w 1111 H).

10. Ni’matullah al-Jazairi (al-Anwar Annu’maniyyah -w1112 H)

11. Anuri Attabarsi (Faslul Khitab Fi Isbat Tahrif Kitab Rabb al-Arbab, memuatkan ribuan riwayat yang dinisbahkan kepada para imam mereka tentang berlakunya tahrif Quran (w1320H).

Para ulamak Syi’ah mula takut dan berhati-hati untuk menyatakan secara terbuka akidah tahrif al-Quran selepas kurun ke tiga belas hingga ke zaman kita ini. Ketakutan ini timbul selepas tokoh mereka Attabarsi menulis kitab “Faslul Khitab” (pada tahun 1292 H) yang telah mendedahkan tembelang aqidah mereka yang begitu jelek. Kitab ini telah mendedahkan rupa asal mereka pada pandangan umat Islam. Para ulamak Islam telah mengutuk serta mendedahkan siapa mereka yang sebenarnya. Puak Syi’ah tiada pilihan melainkan mereka berlindung di sebalik tirai taqiyyah dengan menulis buku yang menolak akidah tahrif dan disebarkan di kalangan Ahlussunnah, bahkan Syi’ah sanggup mendakwa ijma’ ulamak mereka bahawa al-Quran bersih dari sebarang pindaan. Mereka juga dengan tegas mengatakan jika ada mana-mana pihak yang mendakwa Syi’ah beraqidah tahrif maka orang itu jahil tentang ajaran Syi’ah atau sengaja berdusta dengan tujuan memburukkan Syi’ah. [38] Darulkautsar.net

0 komentar: