Breaking News
Loading...

Bak Saudara Kembar, Syi'ah dan Yahudi Sama-sama Percaya Raj'ah (Reinkarnasi)
Syiahindonesia.com - Yahudi: Aqidah raj’ah merupakan aqidah asas dalam ajaran agama Yahudi. Terdapat nas yang begitu banyak dalam kitab-kitab suci mereka yang membicarakan tentang akidah raj’ah. Kitab suci agama Yahudi membahagikan raj’ah kepada tiga tajuk utama, iaitu:
illustrasi zombie

a) Kebangkitan semula sebahagian orang-orang Yahudi yang telah mati dan fenomena ini berlaku di zaman Nabi Musa a.s.

b) Kebangkitan semula orang Yahudi ketika munculnya al-Masih al-Muntazar.

c) Kemampuan para nabi dan para pendeta Yahudi menghidupkan semula orang Yahudi yang telah mati.

Syi’ah: Makna raj’ah mengikut para ulamak Syi’ah ialah kehidupan selepas mati dan ianya berlaku sebelum kiamat. [23] Berdasarkan kepada kenyataan para ulamak Syi’ah yang terdahulu dan kini tentang raj’ah, maka boleh disimpulkan sebagaimana berikut:

a) Makna raj’ah ialah hidup kembali selepas mati sebelum qiamat.

b) Raj’ah hanya berlaku kepada orang yang mencapai darjat tinggi dalam keimanan dan orang yang melampau dalam kejahatan.

c) Raj’ah golongan jahat kerana mereka belum lagi mendapat balasan dari Allah s.w.t. Adapun kalangan jahat yang telah diazab dan dimusnahkan oleh Allah maka tidak akan berlaku raj’ah kepada mereka. Para ulamak Syi’ah Imamiyyah menukilkan bahawa telah berlaku ijma’ tentang raj’ah. [24] Darulkautsar.net

************************
Ayo Gabung dengan Syiahindonesia.com Sekarang Juga!

Artikel Syiah Lainnya

0 komentar: