Breaking News
Loading...

Umat Islam Nusantara Mesti Bersatu Menentang Syiah
Oleh Abdul Shakur Muhamad Zamani

Syiahindonesia.com – Gerakan Syiah Iraniyyah menyasarkan Indonesia dan Malaysia sebagai tapak gerak kerja sesat mereka di rantau Nusantara.

Justeru, umat Islam mesti bersatu di dalam perkara usul dan menghormati khilaf fiqh demi menghalang gerakan Syiah yang berusaha menyesatkan umat Islam di Nusantara.

Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohamad Ismail, berkata demikian dalam Ijtima’ Ulama’, Rakerda (Rapat Kerja Daerah) dan Pengukuhan Pengurus MUI Provinsi Riau di Dewan Serindit, Kompleks Perumahan Gabenor Riau di sini semalam.

Dalam pembentangannya, Ustaz Mohamad berkongsi maklumat latar belakang gerakan penyebaran Syiah di Malaysia dan langkah kerajaan Malaysia dalam membenteras penyebaran fahaman sesat itu.

Turut membentang kertas kerja di Ijtima’ ini ialah Ustaz Dr Abdul Chair (Khair) Ramadhan, ahli MUI Pusat dan penulis buku, “Syiah menurut Syiah, Ancaman Nyata NKRI” dan Ustaz Dr Musthafa Umar, Ketua Komisi Fatwa, MUI cawangan Riau.

Ustaz Mohamad hadir ke majlis itu atas jemputan Majlis Ulama Indonesia (MUI) cawangan Riau. (islamweb.net/syiahindonesia.com)

************************
Ayo Gabung dengan Syiahindonesia.com Sekarang Juga!

Artikel Syiah Lainnya

0 komentar: